Lawas, Batu Niah, Tatau dilanda banjir kilat



KUCHING: Tiga kawasan di negeri ini iaitu Lawas, Batu Niah dan Tatau dilanda banjir kilat berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Lapangan terbang Lawas terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi keselamatan orang ramai, pusat bandar Lawas tidak dapat dilalui kenderaan akibat paras air yang menaik.

Dalam pada itu, pemantauan dilakukan pihak Bomba dan Penyelamat mendapati paras air naik di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput, Tatau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau, Jankey Jikat berkata,disebabkan itu  lokasi menuju ke sekolah tidak dapat dilalui seperti biasa melalui jalan darat.

Sementara itu,pemantauan di Batu Niah mendapati tiga rumah panjang terlibat banjir kilat rumah panjang Steven Kedu, Rh. Changgai dan Rh. Belilie.

Paras air di rumah panjang Steven Kedu naik dianggarkan empat kaki.

Paras air di rumah panjang Belilie surut tetapi jalan raya hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda (4WD), begitu juga dengan rumah Changgai paras air semakin surut.

Tidak ada penduduk dipindahkan di Pusat Pemindahan Banjir setakat ini.
LihatTutupKomentar