Lelaki diberkas miliki 5.28 gram syabu
KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah(BSJND),Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching memberkas seorang lelaki kerana memiliki dadah jenis syabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching,S uperintendan Merbin Lisa berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditangkap di kawasan Apartment Eden Height, di sini, jam 9.15 malam tadi.
"Hasil pemeriksaan ke atas suspek tersebut kita berjaya merampas dadah
syabu dengan berat kasar 5.28 gram anggaran harga RM 790,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang tiga sebatan dan tidak lebih daripada sembilan sebatan.
"Hasil saringan awal air kencing suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
"Suspek kini direman selama empat hari sehingga 25 Jun ini,m alah suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan aktiviti penyalahgunaan dadah,"ujarnya.
Beliau berkata, kerjasama antara polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan dalam membasmi gejala penyalahgunaan dadah secara total.