Tiga kes positif COVID-19 di Bintulu

KUCHING: Sarawak merekodkan tiga kes positif COVID-19 dilaporkan menjadikan 569 kes keseluruhan setakat ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kesemua kes baharu ini dilaporkan di daerah Bintulu. 

"Kes ke-567 dan 568 adalah penambahan kepada jumlah kes Kluster Kidurong, Bintulu yang merupakan ahli keluarga dan kontak rapat kepada kes 566 iaitu isteri dan anak kepada kes tersebut.

"Ini menjadikan jumlah kes Kluster Kidurong setakat hari ini adalah seramai lapan (8) orang," katanya.

Beliau berkata, kes ke-569 adalah seorang lelaki berumur 29 tahun yang mempunyai sejarah bekerja di Mexico sejak bulan Februari 2020. 

"Pada 9 Jun 2020, kes telah balik ke Malaysia menggunakan penerbangan dari 
Mexico ke Jepun dan seterusnya tiba di Malaysia pada 10 Jun 2020. 

"Ujian RTK antigen yang diambil di KLIA adalah negatif dan kes dikuarantin di Tune Hotel. Pada 14 Jun, beliau telah tiba ke Bintulu dan dihantar ke Parkcity 

Everly Hotel untuk menyambung kuarantin. Sampel diambil pada 20 Jun 
2020 dan didapati positif COVID-19 melalui ujian rtPCR," katanya.

Beliau berkata, tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital hari ini.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah 
sembuh dan discaj kekal sebanyak 535 orang atau 94.02%. 

"Sebanyak 17 orang masih menerima rawatan di dalam wad isolasi hospital. Jumlah 
kematian kekal sebanyak 17 orang. Sebanyak 18 PUI baru dilaporkan dan
4 kes masih menunggu ujian makmal," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel