Lima Tadika di Saribas naiktaraf



SARIBAS: Dalam memastikan anak-anak di Saribas menerima Pendidikan seawal usia, Pendidikan Awal Kanak-Kanak(PAKK) akan terus diperkasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam berkata usaha kerajaan untuk membantu membangunkan Pendidikan di awal usia Kanak-Kanak adalah langkah terbaik.

Beliau memberitahu, lima bangunan Tabika dalam DUN Saribas menerima peruntukan di bawah program rangsangan ekonomi Malaysia dan program Rural Transformation Project (RTP) Kerajaan Sarawak dan akan dinaiktaraf.

"Lima Tabika yang telah tersenarai ialah Tabika Kampung Tuie, Kampung Medang dan Kampung Buda yang menerima peruntukan menaiktaraf bangunan.

"Kita menerima memperuntukkan berjumlah RM240 ribu untuk menaiktaraf tiga buah bangunan Tabika di Kampung Tuie iaitu bagiTabika kelas A, B dan C.

"Manakala dua buah lagi Tabika yang akan dinaiktaraf iaitu Tabika Kampung Medang dan Kampung Buda yang berjumlah RM180 ribu," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas lawatan tapak bagi memantau projek di Tabika Kampung Tuie baru-baru ini yang disertai Jurutera Jabatan Kerja Raya(JKR) Bahagian Betong, Chiresly Francis Kureng.

Tambahnya peruntukan tersebut disalurkan di bawah program rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Hadir sama ialah Penghulu Tuie, Merawi Ais, Ketua Kampung, Mostapha Brahim, Penyelia Kemas Betong, Dayang Madinah Abang Yaman dan pengerusi Tabika Kampung Tuie.

LihatTutupKomentar