Kosong rumah, kerana keretakan
SIBUTI: Sediakan payung sebelum hujan. Tindakan mengarahkan 14 ahli keluarga berpindah di sini, ekoran rumah mereka retak adalah langkah tepat.
Keretakan mula dikesan apabila rumah tersebut mengalami keretakan teruk pada dinding selepas hujan.
Ahli keluarga berkenaan telah berpindah ke Lambir Jaya buat sementara waktu.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, keluarga berkenan telah dinasihatkan berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan rumah mangsa didapati tidak selamat diduduki serta boleh mengundang bahaya
Katanya, pasukan bomba mendapati kesan retakan pada dinding rumah dan kejadian tanah mendap di kawasan berkenaan.
"Berpindah adalah jalan selamat buat sementara waktu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku kepada keluarga mangsa," katanya.

