Lori hampir terjunam dalam sungai
MIRI: Masih panjang umur. Demikian nasib pemandu lori yang terselamat selepas lori hampir terjunam, ke dalam sungai di Jalan Bakam pagi tadi.
Nasib menyebelahi pemandu tersebut, apabila kepala lori sudah keluar jambatan namun tersekat pada penghadang.
Kejadian berlaku kira-kira jam, 11 pagi apabila lori dipandu hilang kawalan dan merempuh penghadang.
Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan kiri.
Seorang penduduk berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan ia menarik perhatian orang ramai.
Seorang penduduk berkata, mangsa
dikeluarkan oleh orang awam di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans.
"Orang ramai membantu mengawal lalu lintas dan menyelamatkan mangsa yang cedera " katanya.