Warga Miri positif balik dari Tunisia


MIRI: Menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin mengesahkan seorang pesakit Covid-19 baharu kini dirawat di Hospital Miri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, mangsa yang juga warga tempatan dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Ahli keluarga dan  kontak rapat pesakit dalam penerbangan yang sama juga telah dikenal pasti  dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah. 

Kim Shin berkata, mangsa  pulang dari luar negara, Tunisia melalui KLIA pada 20 Jun dan tiba di Lapangan Terbang Miri pada 21 Jun. 

"Dia kembali ke Miri melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setelah pulang dari luar negara. 

"Pesakit baru-baru ini melakukan perjalanan ke Tunisia sebelum kembali ke Malaysia melalui KLIA dan kemudian terbang kembali ke Miri.

"Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Miri untuk pemerhatian selanjutnya," katanys kepada media pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Miri.

Bagaimanapun kes berkenaan tidak termasuk dalam laporan statistik kes Miri dan negeri kerana ia dikesan di pintu masuk KLIA atau Selangor. 

Kim Shin berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda ketika tiba tetapi keputusan ujian PCR menunjukkan positif Covid-19.
LihatTutupKomentar
Cancel