Majlis akad nikah 20 minit, tiada masuk cincin


KUCHING: Jabatan Agama Islam Sarawak mengeluarkan garis panduan bagi majlis akad nikah berlangsung di masjid dan surau.

Antara garis panduan ialah had majlis akan nikah tidak melebihi 20 minit dan kehadiran 20 maksimum termasuk pasangan pengantin, juru nikah dan saksi.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Abdul Rahman Junaidi dalam kenyataan berkata, majlis akad nikah juga berlangsung tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau Pendaftar/Penolong Pendaftar.

Selain itu katanya, masyarakat Islah boleh memilih masjid atau surau yang diluluskan oleh JAIS mengikut ketetapan.

"Selain itu garis panduan lain, tiada upacara membatalkan air sembahyang dan memasang cincin," katanya.

Beliau berkata, majls akan dibatalkan sekiranya ada individu yang didapati positif COVID-19.
LihatTutupKomentar
Cancel