PGA berkas dua lelaki mencurigakan di Tebedu
TEBEDU: Dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan ditangkap sepasukan pegawai dan anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am(PGA)
yang bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dalam Op Benteng COVID di Jalan Pangkalan Amo berdekatan Kampung Tesu Kura, di sini, Khamis lalu.
Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mancha Ata berkata, lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang lagi warganegara Indonesia berusia 44 tahun ditahan jam 8 malam.
"Pemeriksaan lanjut telah menemukan sebuah kenderaan pikap jenis Mitsubishi Triton, satu anak kunci, empat telefon bimbit pelbagai jenama,sebentuk cincin berwarna kuning keemasan dan wang tunai berjumlah RM10,024.
"Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM112,624,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,lelaki warga tempatan tersebut ditahan di bawah Seksyen 26A Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ANTIPSOM) 2007.
"Lelaki warganegara Indonesia pula ditangkap kerana disyaki
melakukan kesalahan di bawah Seksyen
6 (1) (C) Akta Imigresen 1953/69 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah,"ujarnya.
Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan selanjutnya.