Panik punca individu terpedaya sindiket macau scam
KUCHING: Perasaan panik menjadi punca utama individu terpedaya dengan sindiket macau scam yang kembali aktif sejak kebelakangan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil(JSJK) Sarawak,Superintendan Maria Rasid berkata,sikap mudah mempercayai tanpa memeriksa kesahihan sesuatu perkara juga merupakan faktor utama yang menyebabkan mangsa mudah tertipu.
"Bagi meyakinkan mangsa, penjenayah yang menyamar sebagai polis
atau pihak berkuasa yang lain meminta maklumat
peribadi dan nombor kad pengenalan mangsa.
"Kemudian mangsa dikatakan mempunyai tunggakan kad kredit, hutang pinjaman, mempunyai kes mahkamah atau saman mahkamah,
kes langgar lari, tunggakan cukai dan perkhidmatan (GST),
tunggakan cukai pendapatan atau perniagaan dan sebagainya,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,antara langkah-langkah atau pendekatan yang boleh diambil oleh orang ramai
sekiranya menerima panggilan daripada individu yang mengaku kononnya
membuat panggilan dari balai polis ialah harus sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu yang menyamar.
"Sebanyak 136 kes macau
scam dilaporkan di Sarawak melibatkan nilai kerugian melebihi RM5.5 juta sepanjang tempoh Januari tahun ini hingga semalam.
"Bagi tempoh yang sama tahun lalu, sebanyak 56 kes
dilaporkan melibatkan nilai kerugian melebihi RM3.9 juta,"ujarnya.
Katanya,dari segi tangkapan kes macau scam pula, seramai 79 orang telah berjaya
ditangkap Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak bagi tempoh 1 Januari sehingga semalam berbanding 18 tangkapan pada tempoh yang
sama tahun lalu.