Pencari midin tanggung lapan anak diberi bantuan

 
KUCHING: Sebuah keluarga yang menyara lapan anak mencari rezeki dengan mengutip midin diberi bantuan kerajaan hari ini. 

Rombli Jusni hanya bekerja sebagai penjual sayur midin dan paku serta dibantu oleh isterinya Pauzah Rajak yang mencari midin dan paku 3 kali sehari di sekitar Matang.

Keluarga tersebut hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM30 - RM50 sehari bergantung kepada hasil diperolehi dengan menanggung lapan anak.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK)  Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, JKM telah mengeluarkan surat bantuan bermula Julai ini sebanyak RM500 sebulan dan Bantuan Segera RM300.

Mereka juga penerima bantuan Baitulmal sejak 2018.
Beliau berkata, pihak mereka juga mempunyai harapan yang tinggi untuk anak bongsu daripada keluarga tersebut dan berharap dia boleh berjaya dalam pelajaran.

“Kami akan berbincang dengan keluarganya supaya mereka mengizinkan untuk membawa anak ini tinggal di asrama bagi mendapatkan persekitaran belajar yang positif,” katanya.

Datuk Sri Fatimah Abdullah turun padang hari ini melihat gotong-royong membersih rumah serta membaiki rumah keluarga Rombli .

Fatimahmbersama sukarelawan JKM serta NGO dan ranting PBB turut sama membantu dalam programme tersebut di sebelah Surau Taman Won. 

Sebelum bermula, Bomba dan penyelamat telah mensanitasikan rumah dan kawasan sekitar sebelum gotong royong dimulakan.

Sementara itu, Adun Tupong Fazzrudin Fazzrudin Abdul Rahman telah mendapatkan tapak rumah di Rampangi dan 60 peratus rumah tersebut telah siap. 
Rumah tersebut dijangka siap dalam masa selewat lewatnya awal bulan Ogos.

"Sepatutnya rumah tersebut telah hampir siap tetapi disebabkan PKP semua projek serta pembinaan terpaksa ditanggungkan dan hari ini semua bahan untuk membina bagi 40 % rumah tersebut sampai dan kerja kerja akan dimulakan secepat mungkin," tambah Fazzrudin
LihatTutupKomentar
Cancel