Dua kes baharu positif COVID-19
KUCHING: Sarawak merekodkan dua kes baharu positif COVID-19 dilaporkan iaitu masing-masing satu kes dari Daerah Kuching dan Samarahan pada hari ini.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini ialah sebanyak 555 kes.
“Dimaklumkan juga bahawa seorang kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital iaitu dari Hospital Umum Sarawak. Setakat hari ini, jumlah
keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai
524 orang atau 94.41%,” katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata, seramai 26 PUI baru dilaporkan dan seramai 17 kes masih menunggu ujian makmal.
Dalam pada itu katanya, sebanyak 5,867 jumlah permohonan pergerakan antara
Daerah telah diterima oleh 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh Sarawak menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 121,747 permohonan pada hari ini.
“Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 112,102 telah diluluskan,
dan 9,645 ditolak,” katanya.
Pasukan pematuhan telah memantau sebanyak 1,853 lokasi iaitu Pasaraya
(308), Restoran (365), Kilang (35), Bank (195), Pejabat Kerajaan (90), Penjaja (26), Pasar Tani / Awam (125), Tempat Ibadah (125), Tempat Riadah (59), Tapak Pembinaan (23) dan lain-lain (502).