Enam lelaki leka sabung ayam dicekup
BAU: Kerana gian, tindakan sekumpulan kaki sabung yang menjalankan aktiviti sabung ayam ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kebun di sini, berjaya dihidu polis.
Enam kaki sabung berjaya ditahan dalam serbuan di kawasan lapang dalam kebun Namlung, Jln Fairy Cave kira-kira jam 1 petang tadi.
Ketika serbuan dilakukan mereka yang menjalankan aktiviti berkenaan bertempiaran lari.
Ketua Polis Daerah (KPD) Bau DSP Poge Nyaon berkata, semasa serbuan dilakukan didapati terdapat orang ramai berkumpul di kawasan tanah lapang, kebun Namlung, Jln Fairy Cafe, disyaki sedang menjalankan aktiviti sabung ayam.
Menurutnya, menyedari kehadiran pihak polis semua saspek telah bertempiaran lari dan meninggalkan ayam sabung.
"Seramai (3) orang lelaki bidayuh dan (3) lelaki Cina telah berjaya ditangkap manakala yang lain telah melarikan diri.
"Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa balik ke IPD Bau untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, tangkapan dilakukan dibawah Sek. 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962 / Peraturan 3 Peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 2020.