Kompleks Islam Sibu jelaskan insiden gaduh tular


KUCHING: Insiden pergaduhan dua lelaki dipercayai polis bantuan Kompleks Islam Sibu menjadi tular di media sosial.

Video berdurasi 3.48 minit tersebut melibatkan pertengkaran serta pergaduhan dua lelaki di luar bangunan kompleks berlaku pada 10 Mei lalu.

Pengurusan Kompleks Islam Sibu dalam kenyataan memaklumkan, 
bahawa video yang diviralkan semula berkenaan pertelingkahan diantara 
anggota keselamatan yang berlaku di kompleks berlaku pada 10 Mei yang lepas.

Menurut kenyataan tersebut, ianya hanyalah melibatkan pertelingkahan peribadi sahaja. 

"Pihak kami telah membuat tindakan dan perkara ini telah pun diselesaikan 
sepenuhnya. 

"Sekiranya ada kemusykilan bolehlah berhubung dengan Pengurus Kompleks, 
Kompleks Islam Sarawak, Sibu," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel