Tukang baiki penghawa dingin dikompaun RM1,000
BAU: Padah gagal mengemukakan permit rentas daerah. Seorang pekerja membaiki penghawa dingin dikenakan kompaun RM1,000 hari ini.
Lelaki berfusia 47 tahun tersebut gagal mengemukakan permit rentas daerah operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di KM2 Jalan Bau-Lundu pada jam 10.35 pagi.
Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata,
suspek memberikan alasan bergerak dari tempat tinggalnya di Batu Kawa untuk membaiki penghawa dingin di kawasan Bau.
"Pemeriksaan awal mendapati subjek gagal mengemukakan permit rentas daerah daripada pihak polis kepada petugas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek ditahan di bawah Peraturan 5(1) Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020.
"Suspek bersama kenderaannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk dikenakan kompaun," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen kesalahan Peraturan 5(1) PPPPB (Langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan)(No.6) Peraturan 2020.