Penduduk rumah panjang Kampung Long Selaan terima bantuan

MARUDI: Nasib malang yang menimpa penduduk rumah panjang Kampung Long Selaan Belukon,Hulu Baram, di sini,yang terbakar pagi semalam mendapat perhatian.

Pihak Bomba dan Penyelamat  menyertai Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana menghantar bantuan makanan kepada mangsa daripada Marudi ke Long Selaan menggunakan pesawat AW189 (9M-BOF) pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,
keseluruhan mangsa kehilangan tempat tinggal kebakaran membabitkan rumah panjang berusia 75 tahun adalah seramai 60 orang.

"Penghantaran bekalan makanan kepada penduduk terjejas adalah sumbangan  Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN)  merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Mulu,Dato Gerawat Gala dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Jumlah keseluruhan bantuan adalah  65 pek makanan keperluan harian berupa 
beras, gula, minyak masak, mee segera, teh, kopi, ikan bilis, makanan tin, biskut, susu tepung,"katanya di sini hari ini.

Katanya, ketika kejadian penduduk kampung cuba membuat pemadaman menggunakan dua unit alat pemadan api pada blok yang terbakar, tetapi gagal kerana api terlalu cepat merebak. 

"Anggaran kerugian yang dialami 
RM960,000,sumber kebakaran dipercayai bermula dari salah satu soket di bahagian dapur mengalami litar pintas."ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel