Remaja lemas dalam kolam

SRI AMAN: Seorang remaja dikhuatiri lemas di kolam peladang Geran Stumbin, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.40 petang.

"Mangsa berusia 14 tahun dikatakan mandi di kawasan tersebut bersama dua orang lagi rakan mangsa,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, keluasan kolam tersebut adalah tiga hektar bsrdasarkan maklumat diperoleh dari pegawai Jabatan Saliran.

"Kedalaman kolam tersebut adalah anggaran lima meter,setakat ini maklumat penuh mangsa masih belum diperoleh,"ujarnya.

Beliau berkata, Unit PPDA Bomba telah di maklumkan, buat masa sekarang pihak Bomba menjalankan operasi mengesan mangsa bersama penduduk kampung.
LihatTutupKomentar
Cancel