Satu kes positif kluster pekerja asing

KUCHING: Sarawak merekodkan sau kes positif COVID-19 hari ini menjadikan 
jumlah keseluruhan sebanyak 556 kes. 

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Douglas Uggah berkata, kes positif hari ini adalah seorang warganegara Indonesia yang telah dikesan melalui kontak rapat kepada kes positif yang dilaporkan pada 7 Jun lepas.

"Ini adalah satu kluster baru iaitu kluster pekerja asing di Sarawak. Jabatan 
Kesihatan Negeri Sarawak akan melakukan Active Case Detection (ACD) di kawasan tapak pembinaan Jalan Keretapi dan tempat kediaman mereka di
Sungai Moyan, Kuching," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, JPBN akan mengambil tindakan tegas kepada majikan yang disyaki menyeludup masuk warganegara asing ke Sarawak.

"Dimaklumkan juga bahawa tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari 
hospital," katanya.

Beliau berkata, oni menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj kekal seramai 525 orang atau 94.42%

Katanya, seramai 62 PUI baru dilaporkan dan 4 kes masih menunggu ujian makmal.
LihatTutupKomentar
Cancel