Perhimpunan awam dibenar maksimum 100 orang mulai esok

KUCHING: Perhimpunan awam dibenarkan maksimum 100 orang sahaja (tertakluk kepada saiz keluasan dimana acara tersebut diadakan) berkuat kuasa esok.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Douglas Uggah berkata, sehubungan itu mereka diwajibkan untuk mematuhi SOP seperti penjarakan sosial dan memastikan kebersihan diri yang tinggi.

Menurutnya semua aktiviti yang dibenarkan di bawah PKPP akan berkuat kuasa mulai 17 Jun.

"Ini adalah untuk membolehkan kementerian dan agensi terbabit untuk memperhalusi SOP yang sedia ada dan hendaklah dihantar kepada JPBN selewatlewatnya pada atau sebelum 15 Jun 2020 untuk kelulusan," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, antara aktiviti dibenarkan jawatankuasa ialah rentas negeri, pasar pagi / malam, melancong dalam negara, Raya Haji dan Korban, sekolah dibuka secra berperingkat, dobi layan diri, kolam memancing, berbasikal / konvoi, ktiviti sukan yang tak bersentuhan badan (seperti bowling dan badminton)

Menurutnya, bagi aktiviti tidak dibenarkan, pub / kelab malam, Pusat hiburan / refleksologi / karaoke, taman tema, perarakan keagamaan, kenduri-kendara, rumah terbuka, sukan bersentuhan, sukan renang, ragbi, bola sepak, hoki dan lain-lain, melancong ke luar negara, sempadan negara masih ditutup dan perhimpunan orang ramai. 

Beliau berkata, Kepolisan Masyarakat dan Pemantauan Semua JKKK dan Rukun Tetangga bersama dengan RELA akan 
ditugaskan untuk memantau SOP COVID-19 seperti penjarakan sosial diamalkan dan juga memastikan orang luar tidak memasuki kawasan komuniti.
LihatTutupKomentar
Cancel