Penunggang kantoi sorok dadah dalam poket seluar
BAU: Penunggang motosikal dicekup kerana memiliki dadah yang disembunyi dalam poket seluar.
Suspek berusia 21 tahun ditahan kira-kira jam 8 malam ini di tepi padang Kampung Sibuluh.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, sepasukan polis dari IPK Sarawak menahan sebuah motosikal jenis yamaha yang ditunggang penganggur kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Menurutnya, hasil pemeriksaan tubuh badan suspek telah menjumpai peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal di syaki dadah syabu dijumpai di dalam poket hadapan suspek.
"Anggaran keseluruhan berat kasar adalah (01.95 gram).
"Suspek tiada ada kesalahan lampau," katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata, suspek ditahan di Lokap Balai Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, ujian saringan awal mendapati suspek juga positif Amphetamine dan Methamphetamine.
Suspek disiasat di bawah Seksyen 12()2 Akta Dadah Berbahaya 1952.