Remaja dicekup jalankan judi online
BAU: Seorang remaja wanita dicekup menjalankan judi online di sebuah kedai minuman di Siniawan Sentral.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek berusia 18 tahun dari Sambas, Indonesia ditahan semasa serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau kira-kira jam 5 petang semalam.
"Suspek seterusnya ditangkap kerana disyaki menjalankan judi online dibawah Seksyen 4(1)(c)Akta Rumah Judi Terbuka 1953, sek.6(1)(c) akta imigresen 1959/63 dan Sek 135(1)(d) Akta Kastam 196," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, antara barang rampasan ialah wang tunai
RM185, telefon bimbit-jenama Nubiolite, satu Exercise Book tercatat angka bayaran judi online dan sekeping Simkad celcom xpax.
Selain itu katanya, dalam serbuan tersebut berjaya merampas rokok pelbagai jenama.
Kes disiasat dibawah Sek 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
"Antara dirampas rokok jenama ERA-(1480 btg), PARKWAY-(600 btg), LA-(800 btg), RAVE-(200 btg), JUNE - (600 btg), A SATU - (320 btg)M LUFFMAN - (700 btg), FORT - (600 btg(, JM -(600 btg), ISCORE - (600 btg), D&J -(400 btg), EXTREME -(160 btg) dan SAMSON - (160 btg)," katanya.