Pesara guru di Limbang rugi lebih setengah juta ditipu macau scam

LIMBANG:Pesara guru wanita kerugian
RM 516,457 ditipu sindiket macau scam yang menyamar sebagai pegawai Telekom Malaysia(TM) Malaysia dan pegawai polis sejak bulan Mac hingga 22 Mei tahun ini.

Mangsa berusia 61 tahun dari Kampung Berawan Batu 6,Jalan Kubong,di sini, yang tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Limbang jam 12.30 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan  Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa mulanya menerima panggilan telefon, daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai seorang pegawai TM Malaysia, kononnya talian telefon yang didaftarkan atas namanya akan dipotong kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi online bersama dengan seorang lelaki bernama Ong Kai Sing.

Menurutnya,mangsa kemudian disambungkan kepada seorang anggota Polis di Kuantan, Pahang bernama Sarjan Zulkifli Atot.

"Sarjan Zulkifli Atot kononnya telah membuat semakan dan mendapati pengadu ada menerima dana daripada CIMB Bank berjumlah RM 200,000 hasil daripada aktiviti judi haram. 

"Untuk mengelakkan tindakan undang-undang, mangsa diarahkan menghubungi Inspektor Siti Nur Milah Jamil, jika kes ini tidak diselesaikan, pihak polis tidak akan memberi jaminan keselamatan kepada mangsa kerana penama Ong Kai Sing adalah merbahaya,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,mangsa dijanjikan oleh Inspektor Siti Nur Milah bahawa pihak polis akan melantik pihak AMLA untuk menjalankan siasatan dana wang mangsa dengan syarat mangsa menyerahkan semua wang di dalam bank kepada mereka.

"Kerana takut diambil tindakan undang-undang mangsa telah mengikut arahan sindiket tersebut dan diperdaya untuk menyerahkan wang sehingga mengalami kerugian RM 516,457.

"Mangsa telah memindahkan wangnya daripada akaun Amanah Saham Nasional Berhada(ASNB) sebanyak RM265,000 ke akaun Bank Simpanan Nasional(BSN) miliknya,"katanya.

Beliau berkata,kemudian wang daripada akaun BSN terbabit dimasukkan ke akaun bank yang diberikan oleh suspek secara berperingkat,pemindahan dilakukan dengan cara tunai di kaunter bank, pemindahan di mesin ATM menggunakan kad debit, melalui mesin deposit tunai dan melalui pindahan menggunakan nombor TAC. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
LihatTutupKomentar
Cancel