PH Sarawak tinggal DAP, PAN dan PKR?
KUCHING, 20 Jun:Tiga parti komponan Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan terus mempunyai hubungan baik sesama mereka dan hubungan terbabit juga tidak akan terjejas dengan isu calon Perdana Menteri.
Ini berdasarkan satu kenyataan bersama Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi PKR Sarawak, Larry Sng Wei Shien dan Pengerusi AMANAH Sarawak, Abang Halil Abang Naili di siarkan di media sosial Facebook milik Chong Chieng Jen, hari ini.
"Isu calon Perdana Menteri tidak akan menjejaskan hubungan antara tiga parti terbabit.Ia hanya satu perkara pendapatan berbeza dan bermaksud untuk mencapai sasaran muktamad yang sama,"menurut kenyataan itu selepas ketiga mereka bertemu dan berbincang mengenai situasi politik semasa dan ketibaan pilihan raya Sarawak semalam.
Dalam kenyataan itu, mereka juga menegaskan akan mengekalkan hubungan rapat dan kerjasama antara parti komponen PH tetapi ini akan tanpa parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sehingga isu kepimpinan parti terbabit menjadi jelas.
Disamping itu, ketiga parti komponen itu juga mengutuk sebarang perbuatan melompat parti kerana mengkhianati mandat rakyat dan juga melemahkan semangat dan institusi demokrasi.
Mengenai pilihan raya negeri akan datang, PH Sarawak akan menghadapi pilihan raya terbabit sebagai satu dan bersedia bekerjasama dengan sebarang parti politik boleh dipercayai serta mengikuti prinsip ketelusan, pemerintahan yang baik dan keadilan kepada semua.
"Kami tidak akan bekerja dengan sebarang parti oportunis atau mereka "satu pilihan raya parti" kata menurut mereka dan ini berikutan parti sedemikian mempunyai kecenderungan tinggi mengkhianati kepercayaan pengundi selepas menang beberapa kerusi.