PKR Sarawak bertambah kuat, Abang Zul
KUCHING: Kenyataan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
akan terkubur adalah petanda bahawa mereka juga menaruh kekhuatiran yang tinggi terhadap kemaraan PKR.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Malaysia, Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata,rakyat mengetahui bahawa perkembangan dan kemajuan momentum PKR kian menganjak.
"Kita tahu bahawa kewujudan PKR sememangnya
dalam perhatian Gabungan Parti Sarawak (GPS) sepanjang masa.
"Saya mempunyai tafsiran
bahawa PKR akan menggugat kedudukan mereka sepanjang masa, selain terlibat dalam pilihan raya, PKR mempunyai suara yang lantang menegur
dan mengkritik salah laku yang dilakukan oleh kerajaan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan pembangunan PKR di Sarawak, beliau
mendapati PKR akan terus berkembang.
"Sejak 20 tahun kita bertapak, PKR telah memainkan peranan yang cukup aktif dalam politik tempatan mahupun kebangsaan,PKR
telah memainkan peranan dalam hal semak dan imbang dengan cara terbuka dan tidak gentar.
"PKR telah memainkan peranan yang sangat aktif dalam menegur semua bentuk
salah laku sama ada mereka itu menteri, wakil – wakil rakyat, kakitangan kerajaan dan siapa sahaja yang terlibat,"tegasnya.
Menurutnya lagi, sebagai sebuah parti yang berperlembagaan, PKR melalui kemajuan yang sangat
menggalakkan, daripada hanya mempunyai seorang wakil rakyat bermula 2006, telah
meningkat dari semasa ke semasa.
"Daripada hanya enam cabang pada 2006, telah berkembang
kepada 31 cabang sejak 2008 di bawah pimpinan yang silih berganti,daripada hanya kira-kira 3,000 ahli sejak mula ditubuh, kini telah mencecah kepada menghampiri 40,000 ahli di seluruh negeri.