Polis Sarawak serbu dua pusat judi dalam talian
KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak menyerbu dua pusat perjudian dalam talian di bandaraya Kuching petang semalam.
Serbuan di MJC Batu Kawa dan Taman Sri Moyan, Jalan Batu Kawa / Matang jam 5 petang berjaya memberkas sembilan ahli sindiket perjudian dalam talian warga tempatan berusia 18 hingga 26 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, dua pusat judi itu meraih pendapatan harian sekitar RM11,000.
"Pihak polis turut merampas 14 telefon bimbit dan komputer yang digunakan bagi menjalankan operasi ini,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menjelas lanjut, katanya, pusat terbabit telah menjalankan operasi sejak 11 bulan yang lalu.
"Serbuan dan penangkapan ini dilakukan dari maklumat yang diterima dan pengawasan yang teliti untuk mengumpulkan maklumat dan mengenal pasti lokasi yang tepat.
"Pusat ini menghubungi pelanggan menggunakan whatsapp, telegram, facebook, instagram dan wechat melalui pautan seperti 918kiss, Mega, LPE88, Joker 123, Mega888 XE88,"katanya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.