Sarawak yakin Petronas akan membayar RM2.8 bilion

KUCHING: Kerajaan Sarawak yakin Petronas akan membayar RM2.8 bilion cukai jualan (SST) produk Petroleum bagi 2019.

Mahkamah Tinggi Kuching sebelum ini memerintahkan Petronas untuk membayar SST 2019 berdasarkan hak yang dimiliki Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara-Kerajaan (IGC) 1963.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beberapa jawatankuasa telah diwujudkan termasuk Jawatankuasa Kerja di bawah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang bertindak berbincang dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, Jawatankuasa Perundingan DUN yang diketuai oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Karim Rahman Hamzah untuk berunding dengan Petronas mengenai pembayaran SST produk Petroleum di Sarawak. 

"Sebelum ini, satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga dibentuk bagi merealisasikan pembayaran SST Petronas kepada Sarawak di bawah Kerajaan Perikatan Nasional," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini.

Abang Johari berkata, Perikatan Nasional sebelum ini mahu isu cukai jualan diselesaikan segera serta menggugurkan rayuan yang dibuat ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.
LihatTutupKomentar
Cancel