Selepas 22 tahun, Burundi kini ada PM
ANKARA, 24 Jun (Bernama) -- Parlimen Burundi meluluskan pencalonan naib presiden dan perdana menteri negara itu yang dibuat Presiden Evariste Ndayishimiye yang baharu dipilih, lapor agensi berita Anadolu, memetik media tempatan.
Dalam catatan di Twitter pada Selasa, Senat bersetuju Alain-Guillaume Bunyoni sebagai perdana menteri dan Bazombanza Prosper menjadi naib presiden.
Jawatan perdana menteri dihapuskan pada 1998.
Ndayishimiye mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Burundi pada minggu lalu untuk tempoh tujuh tahun.
Pelantikan itu selepas mahkamah perlembagaan mengesahkan kemenangan Ndayishimiye dalam pilihan raya presiden 20 Mei lalu, ekoran kematian Presiden Pierre Nkurunziza.
-- BERNAMA