Tadika dibuka semula 1 Julai

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan semua Tadika di seluruh Sarawak dibenarkan beroperasi mulai 1 Julai depan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, prosedur operasi standard (SOP) pembukaan Tadika sedang diperhalusi oleh Kementerian Wanita, Kesejahteraan Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWPKK).

Menurutnya, Menteri KWPKK Datuk Seri Fatimah Abdullah akan mengumumkan SOP berhubung pembukaan tadika esok.

"Kini prosedur operasi standard (SOP) sedang diperhalusi. Ia termasuk saringan sebelum memulakan opeprasi dan ia akan diumumkan sendiri kementerian," katanya pada sidang media COVID-19 hari ni.

Uggah berkata, guru Tadika akan menjalankan saringan sebelum beroperasi hanya akan diputuskan oleh Kementerian Wanita, Kesejahteraan Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

Semua Tadika telah diarahkan menghentijan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerekan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
LihatTutupKomentar
Cancel