Taman Negara dibuka untuk riadah mulai Rabu ini
KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) membenarkan semua Taman Negara dibuka kepada pengunjung mulai Rabu ini.
Taman Negara yang dibuka secara berperingkat-peringkat tersebut ialah Taman Kubah, Gunung Gading, Tanjung Datu, Santubong, Talang-Satang, Gua Angin / Fairy, Batang Ai, Samajaya, Maludam, Gunung Mulu, Lambir, Niah, Loagan Bunut dan Pulong Tau.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya membenarkan aktiviti riadah dan pengembaraan, berjalan kaki di alam semula jadi, gua, snorkeling dan skuba, aktiviti melihat hidupan liar dan aktiviti ekspedisi di kawasan yang dilindungi sepenuhnya dan pusat hidupan liar adalah dibenarkan
"Bagi Taman Negara yang akan dibuka ialah 22 Jun Taman Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching Wetland dan Terumbu Karang Miri-Sibuti, katanya pada sidang media hari ini.
Karim berkata, SOP unty aktiviti riadah iaitu setiap kumpulan yang dibenarkan masuk pada satu masa setiap laluan seraai 10 orang.
"Bagi pengembaraan hanya minimum dua orang dan maksimum lapan orang bagi setiap kumpulan yang dibenarkan masuk pada satu masa setiap laluan.
"Hanya jalan hutan tertentu (tidak melebihi 3-5 jam berjalan kaki) yang dibenarkan untuk diakses," ujarnya.