Buruh maut, motosikal ditunggang bertembung treler

SARATOK: Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan treler di selekoh Kilometer 1, Jalan Roban - Saratok,petang ini.

Dalam kejadian jam 2 petang itu,mangsa Nur Aliff Aidil Roslan, 26, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kaki, dada dan kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah simpang Roban menghala ke pekan Roban.

"Treler yang dipandu seorang lelaki dari arah Roban menghala ke Saratok.

 "Siasatan awal berdasarkan kesan tayar mendapati mangsa telah masuk ke laluan treler berkenaan semasa melalui selekoh ke kiri,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu treler berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Saratok untuk tindakan lanjut,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel