Dua lori bertembung, seorang cedera

SIBU: Dua lori bertembung menyebabkan seorang tersepit dan mengalami kecederaan di Jalan Ding Lik Kong 11, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.45 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan muatan batu bertembung dengan sebuah lori tiga tan muatan barangan runcit,"katanya di sini hari ini.

Katanya,kemalangan tersebut telah menyebabkan pemandu lori tiga tan tersebut tersepit dan mengalami kececederaan.

"Mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebaik sahaja Bomba tiba di lokasi,"ujarnya.

Katanya,mangsa diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

"Pemandu lori lima tan tidak mengalami sebarang kecederaan,"jelasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel