NGO bantu Ibu Tunggal di Taman Dahlia, Matang
KUCHING - Seorang ibu tunggal menerima bantuan selepas dalam keadaan kesusahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place Kuching) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Junaidah Kassim Abdul Yusut, 45, yang dalam keadaan kesusahan berikutan tidak dapat bekerja dan menjaga 2 anaknya yang masih bersekolah.
"Ini merupakan kes baru pertama yang diluluskan Hope Place selepas PKP.
"Junaidah mempunyai penyakit kulit, psoriasis dan hernia. Bukan itu saja, dia juga mempunyai kesihatan kurang baik dan masalah lutut membuatkan dia sukar berjalan," katanya.
Tambahnya, Junaidah yang menetap Taman Dahlia, Matang bersama 2 anaknya, seorang tingkatan 3 dan darjah dua.
"Berikutan tidak dapat bekerja, pendapatan keluarga itu hanya daripada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu sebanyak RM300.
"Junaidah beritahu dia risau dengan perbelanjaan rumah, sekolah dan perubatan termasuk sewa rumah. Hope Place membantu keluarga ini dengan bantuan makanan asas, pelitup muka dan pelindung wajah untuk dua anak itu setiap 3 bulan sekali," ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Hope Place ditalian 013-5672775. Ketika ini Hope Place sedang menyara lebih 190 keluarga yang memerlukan.
Buat sementara ini, Hope Place tidak menerima barangan 2nd hand ketika di bawah PKPP.
Jika ada pihak atau orang awam berminat untuk menyumbang boleh salurkan kepada akaun Maybank - Persatuan Kebajikan Harapan Kuching 5112-8900-1160.