Pelangi Food Kiosk di Kampung Nangka


KUCHING, 17 Julai: Pelangi Foodkiosk Kampung Nangka yang ada sebanyak 17 kios di Sibu akan mula beroperasi esok.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee sehubungan itu mempelawa orang ramai mengunjungi pembukaan kios gerai makanan terbabit mulai jam 2 petang hingga 6 petang esok dan  terawal akan berpeluang menyertai food testing percuma.

"Tahniah kepada pengusaha Pelangi Foodkiosk yang akan mula beropersi pada Sabtu ini, Jom kita ke siya untuk bersama food testing percuma,"katanya dalam laman Facebooknya.

Projek pemasangan 17 kios itu adalah inisiatif Pusat Khidmat DUN Nangka bagi memberikan kemudahan gerai yang lebih baik, tersusun dan bersih di Kampung Nangka.

Disamping itu kios juga disediakan bekalan air serta elektrik kepada pengusahanya yang sebelum ini merupakan peniaga kecil tepi jalan di Kampung Nangka.

LihatTutupKomentar
Cancel