Operasi cari mangsa buaya di Sungai Undey dihentikan
PUSA: Dianggarkan terdapat lebih 30 ekor buaya bersaiz besar dan 300 ekor buaya bersaiz kecil menghuni sungai Undey, Pusa, berdasarkan maklumat bancian yang dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) tiga tahun lalu.
Justeru, kehilangan warga emas,
Sarkawi Talip,61, Kampung Tambak, yang masih belum ada sebarang petunjuk hingga hari kelapan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menimbulkan pelbagai persoalan.
Kegagalan menjumpai mangsa atau anggota badan yang dibaham buaya
boleh dikaitkan dengan sungai terbabit yang menjadi 'lubuk buaya' yang populasinya semakin bertambah.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, operasi SAR hari ini bermula jam 9.30 pagi tadi dengan pencarian tertumpu pada radius lima kilometer hulu sungai Undey.
"Pencarian turut masuk ke anak-anak sungai Undey dan enam kilometer ke muara dari Pusat Kawalan Bomba (PKB),"katanya di sini hari ini.
Katanya, operasi pencarian di kawasan tebingan anak sungai Undey dibuat dalam 50 meter kiri dan kanan.
"Setakat hari ini kawasan anak sungai Undei serta tebingan anak sungai telah dijalankan operasi SAR tetapi masih belum menjumpai apa-apa petunjuk penemuan mangsa,"ujarnya.
Khamis lalu, kawalan Betong menerima panggilan daripada Balai Polis Pusa mengenai terdapat seorang mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika mengambil batang rumbia bersama tiga orang lagi rakannya.
Semasa kejadian mangsa seorang diri berada di tepi sungai untuk mengikat batang rumbia.
Saksi merupakan rakan mangsa ternampak mangsa telah disambar dan diheret oleh seekor buaya ke hulu sungai.
Dalam pada itu, lewat petang tadi keputusan nerat telah dibuat pasukan SAR.
Operasi mencari warga emas Sarkawi Talip, 61 hilang di tebing Sungai Undei, Kampung Tambak dipercayai dibaham buaya dihentikan sehingga mendapat petunjuk baharu.
Jurucakap pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat berkata, tiada sebarang petunjuk baharu ditemui pada hari ke-8 operasi yang berakhir pada jam 6.23 petang tadi.
"Hasil perbincangan bersama pihak Polis, APM, Ketua Kampung dan ahli keluarga mangsa, operasi diberhentikan hari ini pada jam 6.23 petang sehingga mendapat petunjuk yang baru," katanya.
Operasi mencari mangsa turut melibatkan dalam radius beberapa kilometer ke hilir muara Sungai Undey dari PKB dan ke hulu sungai dari tempat kejadian.
Mangsa hilang ketika keluar ke Sungai Undey pada Khamis lalu untuk tujuan mengambil batang rumbia bersama tiga orang lagi rakan mangsa.
Semasa kejadian mangsa seorang diri berada di tepi sungai untuk mengikat batang rumbia.
Saksi merupakan rakan mangsa ternampak mangsa telah disambar dan diheret oleh seekor buaya ke hulu sungai.