Pendaftar Pertubuhan tidak luluskan BADAS


KUCHING, 3 Julai: Kumpulan penyokong Parti Bersatu Anak Sarawak (BADAS) dijangka akan menyertai parti politik lain berebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui calon bebas pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Malahan laman Facebook BADAS mendedahkan mereka sudah mengenalpasti empat orang bakal calon bebas bagi bertanding pada pilihan raya terbabit.

Bakal calon itu ialah, Ramli Melaka bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju, Yunus Basri bagi DUN Katibas, Mugie Kanyan bagi DUN Marudi dan Linang Chapum bagi DUN Kalaka.

Menurut Sylvester Supit dari Bahagian Penerangan BADAS, pihaknya selepas ini akan memaklumkan lagi bakal calon mereka bagi DUN lain dan boleh melihat perkembangan mereka melalui laman Facebook BADAS.

"Usia parti ini baharu sahaja dua tahun lebih, (BADAS) pernah (memohon) didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi tidak diluluskan oleh ROS. Kita akan bertanding melalui calon bebas,"katanya.

Katanya parti itu akan bertanding di DUN yang mereka mendapat sambutan dan sokongan rakyat kawasan itu.

LihatTutupKomentar
Cancel