Pusat kesihatan, urut dan refleksologi dibenar beroperasi

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengumumkan pusat kesihatan, urut dan refleksologi dibenarkan beroperasi berkuat kuasa serta merta hari ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) untuk pembukaan spa, pusat kesihatan, urut kaki dan refleksologi.

"Semua maklumat terperinci mengenai SOP ini akan diumumkan oleh kementerian berkenaan," katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata spa, pusat kesihatan dan pusat urut kaki dibenakan untuk beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan.

Katanya, hanya warganegara Malaysia dibenarkan untuk bekerja di pusat berkenaan

Uggah berkata, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan Sarawak (MTAC) telah menetapkan Garis Panduan (SOP) untuk pelancongan perubatan, 
berkuatkuasa serta merta.

"(MTAC) telah menetapkan Garis Panduan (SOP) untuk Organising Meetings, Incentives, Conventions and Exibition (MICE), Travel & 
Trade Fairs/Marts/Bazaar/Arts and Cultures Carnival berkuatkuasa 
serta merta.
LihatTutupKomentar
Cancel