Sarawak kaji cadangan kepentingan di Petronas
KUCHING: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempelawa Sarawak dan Sabah untuk meneroka gagasan tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah yang memiliki kepentingan di Petronas.
Ia mengambil kira bahawa syarikat minyak negara adalah sebuah syarikat minyak global yang mempunyai konsesi merangkumi di luar negara terutamanya di Asia Tengah, Afrika dan Amerika Utara, terutama Kanada.
Ia adalah hasil dalam pertemuan selama 90 minit dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membincangkan isu-isu berkaitan hak-hak Sarawak dan Sabah dalam sumber gas dan minyak di kedua-dua negeri ini.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan berkata, bagaimanapun Sarawak berpendirian untuk mengkaji cadangan itu secara mendalam.
Ketua Menteri memberitahu Perdana Menteri yang Sarawak mahu mengukuhkan penyertaan syarikat minyak dan gas milik negeri itu, Petros, Petros dalam aktiviti huluan dan hiliran industri minyak dan gas di Sarawak di bawah Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 dan peruntukan berkaitan dalam Perlembagaan Sarawak.
Menurut kenyataan tersebut, ia adalah cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam pertemuan pada Isnin lalu di ibu negara.