DAP hulur RM20,000 untuk selenggara pili bomba
KUCHING, 21 Januari: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Bandar Kuching akan memperuntukkan sebanyak RM20,000 kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membantu menyelenggara pili bomba di bandar raya ini tahun ini.
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata demikian berikutan dimaklumkan JBPM yang banyak pili bomba di bandaraya ini yang perlu kerja penyelangaraan bagi memastikannta dapat berfungsi dengan baik tetapi kos menjalankan kerja terbabit tidak murah.
"Pejabat saya akan memperuntukkan sebanyak RM20,000 tahun ini sebagai peruntukan permulaan bagi membantu (JBPM) menangani semua isu ini," katanya selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Bomba Dan Keselamatan Malaysia Negeri Sarawak Tahun 2020 di Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, di sini, hari ini.
Dr Kelvin pihaknya juga akan bekerjasama dengan JBPM bagi mengenalpasti pili bomba di kawasan berisiko tinggi atau kawasan panas kebakaran di bandaraya ini yang akan memerlukan peruntukkan terbabit.
"Kalau ada keperluan segera, saya juga akan mencari lebih banyak lagi wang bagi membantu mereka (JBPM),"katanya.
Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin bin Drahman berkata ketika ini terdapat kawasan berisiko tinggi di bandar raya ini adalah yang padat dengan bangunan komersil dan perumahan seperti kawasn Padungan.
"Ketika ini ada keseluruhannya sebanywk 60,000 pili bomba dengan 18,000 pili bomba itu di bandar raya Kuching. Setiap pili bomba itu perlu diperiksa dan selenggara sekali setahun,"katanya.
Beliau juga minta orang ramai yang ada mengetahui tentang pili bomba rosak atau dilanggar kenderaan di bandar raya ini supaya memaklumkan pasukan bomba dengan segera.
tamat
keterangan gambar:
1.Dr Kelvin Yii (kiri) mengibarkan bendera sebagai simbolik merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Bomba Dan Keselamatan Malaysia Negeri Sarawak Tahun 2020 di Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, di sini, hari ini.
2.Dr Kelvin Yii (enam dari kanan) mengedarkan risalah mencegah kebakaran kepada pemandu kenderaan selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Bomba Dan Keselamatan Malaysia Negeri Sarawak Tahun 2020 di Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, di sini, hari ini.