Pemotong kayu 24 jam atas menara berjaya dipujuk

KANOWIT: Pemotong kayu yang berada diatas Menara Telekom selama lebih 24 jam berjaya dipujuk dan dibawa turun anggota bomba menggunakan kaedah  tali penyelamat.

Pandy Bujang  warga negara Indonesia berusia 35 tahun yang bekerja sebagai tukang potong kayu di ladang sawit di Nanga Dap selama 2 tahun berjaya dibawa turun pada 3.51 petang tadi.

Lelaki tersebut dipercayai memanjat menawar kerana berlaku perselisihan faham di tempat kerja dengan rakan sekerja. 

Difahamkan dia mengalami tekanan perasaan disebabkan bergaduh dengan rakan sekerja. 

Sebelum itu, pasukan penyelamat termasuk anggota bomba terpaksa berjaga sepanjang malam hingga pagi.

Operasi melibatkan anggota polis, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pegawai Telekom masih diteruskan untuk hari kedua ekoran suspek masih lagi berada di atas tower.                                                                    
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik berkata, seramai 11 anggota dan pegawai bomba berada di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.20 pagi semalam.

Pada pagi tadi hanya seorang anggota polis dibenarkan  memanjat Tower Telekom di Bukit Memaloh hari kedua operasi.

Ia adalah atas permintaan mangsa sendiri yang masih berada ketinggian kira-kira 100 meter di atas tower.

KRONOLOGI KEJADIAN
HARI PERTAMA (ISNIN)
Maklumat yang diperolehi dari kawalan Kanowit lapor seorang lelaki yang memanjat Tower Telekom Bukit memaloh Kanowit.

5.40 petang 
- Usaha memujuk mangsa gagal namun mangsa bertindak membaling objek seperti skru besi ke arah pasukan penyelamat.
Cuaca hujan turut menjadi halangan kepada pihak pasukan penyelamat kerana menara berkenaan basah serta licin.   

Anggota berjaga di lokasi sepanjang malam sehingga pagi.

HARI KEDUA (SELASA)
Mangsa masih berada di atas menara pada ketinggian kira-kira 100 meter.

10:07 pagi
- Seorang anggota Polis naik ke atas bagi memujuk mangsa ini adalah atas permintaan mangsa sendiri hanya seorang saja boleh naik.

10:33 pagi
- Makanan diberikan kepada mangsa dan seterusnya memujuk mangsa untuk turun ke bawah.

11:15 pagi
- Rundingan dilakukan dalam jarak 15 Meter mangsa terbabit tiba-tiba menangis. Pihak Polis cuba menghampirinya namun mangsa mengugut akan naik ke atas jika beliau cuba menghampirinya. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku pihak Polis turun ke bawah. Mangsa juga meminta passportnya diberikan kepadanya. 

3.20 petang
- Dua anggota bomba naik ke atas menara untuk memujuk mangsa. Mangsa berjaya dipujuk dan dibawa turun oleh pihak bomba menggunakan kaedah tali penyelamat pada jam 3:51 petang.
LihatTutupKomentar
Cancel