e-tiket untuk bot ekspres




SIBU: Kementerian Pengangkutan Sarawak akan memperkenalkan tiket secara atas talian untuk perkhidmatan penumpang bot ekspres pada Mei depan.

Rekodkan penumpang bot ekspres di seluruh Sarawak sebanyak 2,893,871 pada tahun lalu dan rekod penumpang pada tahun sebelumnya 2,518,249 penumpang.

Cadangan tersebut masih dalam proses untuk mendapat kelulusan daripada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, sistem tersebut akan dilaksanakan untuk semua bot ekpres di wilayah tengah iaitu Sibu, Kapit, Song dan Kuching.

"Jika semuanya berjalan dengan lancar, kemudahan e-tiket untuk fasa pertama ini dapat dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini.

"Ini adalah sebahagian daripada program kementerian untuk menaik taraf perkhidmatan kita selari dengan Sarawak menuju ekonomi digital," katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Pengangkutan Sungai Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2020 di Terminal Penumpang Sibu (TPS).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, sistem e-tiket akan diperkenalkan di kawasan tengah sebelum dilaksanakan tempat lain.

"Ia berdasarkan permintaan, keperluan dan sebagainya.

"Kita laksanakan di kawasan wilayah tengah dulu kerana pengangkutan sungai amat diperlukan di sini," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel