Harga minyak sawit menjunam akibat sekatan India

Beribu-ribu tan minyak sawit bertapis terkandas di pelabuhan di India selepas pengimport terbesar minyak makan dunia itu mengenakan sekatan ke atas import berikutan ketegangan diplomatik dengan Malaysia, kata beberapa sumber kepada Reuters.

India mengumumkan sekatan ke atas import minyak sawit bertapis pada 8 Januari lalu dalam usaha membantu penapis domestik meningkatkan kadar utilisasi mereka, menurut pegawai industri yang maklum mengenai perkara itu.

Setiap tahun, India lazimnya bergantung penuh kepada import bagi kesemua bekalan minyak sayuran yang digunakan dalam semua keperluannya, daripada sabun kepada biskut.

Bagaimanapun, Malaysia pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia, secara terbuka mempersoal langkah New Delhi itu, di sebalik  India meningkat permintaan dari negara Indonesia, menurut data Refinitiv.

India merupakan pasaran terbesar sejak lima tahun lalu dengan ketegangan semasa menyebabkan penanda aras pasaran depan minyak sawit Malaysia jatuh paling rendah minggu ini dalam tempoh 11 tahun .

“Lebih 30,000 tan tersekat di beberapa pelabuhan di India. Semua vesel ini diisi sebelum kerajaan mengehadkan import minyak sawit bertapis” kata peniaga minyak sayuran yang berpangkalan di Mumbai, yng enggan dikenali kerana polisi syarikat.

“Biasanya pegawai kastam membenarkan komoditi dalam transit dipunggah sebelum berlakunya apa-apa perubahan peraturan. Tetapi dalam kes minyak sawit bertapis wujud kekeliruan yang menyebabkan penangguhan.”

Harga minyak sawit Malaysia mengalami kejatuhan mingguan paling besar dalam 10 tahun berikutan masalah perdagangan dengan India.
LihatTutupKomentar
Cancel