Pecat segera pemimpin menentang secara terbuka


KUCHING: Sudah tiba masanya Jawatankuasa Disiplin Parti mengambil tindakan terhadap pemimpin secara terbuka menentang kepimpinan pusat.

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng berkata, ia bukan sahaja melemahkan parti tetapi turut menangguhkan peralihan jawatan Perdana Menteri.

"Saya yakin bahawa majoriti ahli parti merasa dikhianati oleh tindakan mereka, dan parti itu harus memecat mereka dengan segera sebelum mereka melakukan kerosakan lebih lanjut.

"Ini telah berlaku terlalu lama dan mereka telah pergi terlalu jauh!," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, PKR Sarawak tidak harus menyokong pemimpin yang tidak menghadiri mesyuarat MPP.

"Bagaimanakah pemimpin sedemikian boleh mengambil kedudukan dalam parti apabila mereka tidak mendengar pandangan dan fakta orang lain yang dibincangkan di kepimpinan pusat.

"Jika individu-individu ini tidak mahu mengambil tanggungjawab kolektif dan mahu meneruskan agenda sendiri untuk memusnahkan kepimpinan parti, disiplin mesti diambil terhadap mereka," katanya. 

Sementara itu Ketua Cabang Keadilan Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, kenyataan media Ketua Penerangan Keadilan  Sarawak, Desmond Kho tidak mewakili dan mencerminkan pendirian kesemua 31 cabang PKR Sarawak. 

Katanya, Cabang Batang Lupar  menyokong tindakan Zuraida Kamaruddin atas tindakan beliau yang dilaporkan melanggar etika dan disiplin parti. 

Menurutnya, biro disiplin mesti bertindak pantas dengan adil dan saksama berdasarkan kesimbangan merit yang ada. 

"Cabang Batang Lupar masih mengekalkan pendirian mengikut lunas perlembagaan parti. 

"Dalam kes YB Zuraida Kamaruddin, laporan ada dibuat dan Parti mempunnyai obligasi membuat siasatan dan tindakan tertentu, jika perlu.

"Keadilan itu perlu diteggak bukan atas dasar emosi, tetapi peraturan yang sah diperakui oleh ahli parti dan undang undang negara.

"PKR bukanlah dibina oleh seorang individu sebaliknya oleh semua yang telah bersetuju, jadi mana mana ahli atau pemimpin yang melanggar displin parti harus bersedia untuk diambil tindakan. Setiap pemimpin yang berjiwa besar harus menyatakan perkara yang benar dan boleh menerima teguran dan menegur," katanya.

Beliau menegasjan, semua pihak harus menghormati keputusan Jawatankuasa Displin Parti yang memberi surat tunjuk sebab kepada Zuraida yang perlu dijawab dalam tempoh 14 hari sebelum apa-apa tindakan selanjutnya. 
"Dalam masa yang sama memberi ruang yang secukupkan untuk Zuraida membela dari.
Saya percaya Zuraida akan menjawab pertuduhan pertuduhan itu dengan wajar.  

"Saya menyeru supaya ahli parti bertenang dan terus membantu menyelesaikan kemelut dalam parti," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel