Hentikan serang Dr M, selesaikan hal sendiri dahulu - Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa pihak tertentu yang mahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meletak jawatan supaya menyelesaikan hal sendiri dahulu.

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) dan Pakatan Harapan dalam tulisan yang dimuatkan dalam Facebook menyenaraikan beberapa nama pemimpin PKR daripada kem Anwar dan DAP, iaitu Ramkarpal Singh, P Ramasamy, Johari Abdul, Ronnie Liu, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, Syukri Razab dan Syed Husin Syed Ali.

“Setiap hari mereka yang menganggap diri sendiri sekutu DS Anwar Ibrahim mendesak, menekan dan menyerang DR M.”

“Fikirkan, bagaimana beliau mahu mentadbir negara jika keadaan ini berterusan. Belum lagi sampai tiga tahun beliau memegang jawatan itu,” katanya.

Menurut Syed Saddiq, Dr M dipilih secara demokratik justeru kedudukannya sebagai perdana menteri tidak harus dipertikaikan.

Katanya, Dr M yang merupakan pemimpin kanan Bersatu tetap menepati janji dan permuafakatan Pakatan harapan untuk memberi laluan kepada Anwar sebagai pengganti.

Tegasnya, Tun M tidak pernah mengingkari janji.


LihatTutupKomentar
Cancel