Kes tembak bukan di Batu Kawa

Tular video kes tembak dengan kejam didakwa berlaku di Batu Kawa, Kuching.
 
Bagaimanapun, ia berlaku di Ecuador melibatkan penyanyi sebuah band Promedio 20 pada 3 Januari lalu.

Mangsa Jorge Fernando Lino Macas ditembak mati ketika sedang menjamu selera bersama dengan dua rakannya di sebuah restoran makanan laut di Guayaquil.

Video menunjukkan Lino sedang menikmati hidangan bersama seorang lelaki dan wanita, tiba-tiba dihampiri dua lelaki yang menembak dari jarak dekat.

Menurut laporan, Lino mempunyai sejarah jenayah pada masa lampau.

Dia pernah didakwa atas tuduhan mengedar dadah dan terlibat dalam kes bunuh.

Pada Oktober 2018, Lino dan tiga suspek ditahan bersama dengan 741 kilogram kokain.

10 bulan kemudian, pada 22 Ogos 2018, ketiga-tiga sispek dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.

Bagaimanapun Hakim Gabriel Enrique Noboa Ycaza, Edwin Logroño Varela dan Segundo Mina Sifuentes mengisytiharkan Lino tidak bersalah.
LihatTutupKomentar
Cancel