Ibu tinggal bayi di pohon pisang masih diburu
SIBU: Polis sedang memburu seorang wanita yang meninggalkan anaknya berhampiran pohon pisang pada Jumaat lalu.
Pada 17 Januari lalu, seorang petani berusia 45 tahun menemui bayi dari kawasan semak ketika hendak membuang sampah di luar rumah.
Bayi yang cukup sifat tersebut stabil dan ditempatkan di Hospital Sibu.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit meminta orang ramai yang mempunyai maklumat melaporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.