Jalan runtuh akibat tanah longsor
SPAOH: Jalan Ulu Paku di lokasi Sungai Adup, Bukit Bantas Danau, telah terputus akibat tanah runtuh.
Pihak berwajib yang terdiri daripada JKR Betong segera menutup laluan sementara kerja-kerja pembinaan dijalankan.
Menurut penduduk tempatan, pembentung yang dibina pada tahun 1968 telah pecah menyebabkan tanah terhakis.
Mereka juga memberitahu runtuhan mula dikesan sejak dua minggu yang lalu dengan tanah mengelongsor ke bawah dan beberapa kawasan lereng bukit tersebut.
Walau bagaimanapun penduduk dikawasan terbabit masih dapat keluar berikutan ada jalan alternatif iaitu jalan Penom, Sungai Langit walaupun agak jauh berbanding melalui Simpang Ulu Layar.