Persatuan kecewa dengan polisi pendidikan negara
Presiden Persatuan Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee berkata demikian dengan perubahan itu dijangkakan setelah Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menjadi Pemangku Menteri Pendidikan baharu-baharu ini.
"Saya fikir, (mereka masyarakat cina di Sarawak) merasa agak sedikit dikecewakan terutamanya dalam bidang pendidikan, tapi sekarang kita ada Pemangku Menteri Pendidikan yang baharu,"katanya ketika menerima kunjungan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Tahun Baharu Cina di kediamannya di Jalan Taman Liong Seng di sini, hari ini.
Tan berkata isu pendidikan dan semua isu berkaitan rakyat Malaysia dari semua peringkat kehidupan sekiranya tidak difokuskan bagi ditambah baik segera akan menyebabkan kerajaan pusat bersemuka dengan pengundi.
"Malahan Ketua Menteri, saya selalu memberitahunya selagi beliau bersungguh dan sepenuh hati memperjuangkan hak dan kepentingan Sarawak, saya fikir rakyat akan dibelakang terutamanya masyarakat Cina,"katanya.
Selain itu, Richard menafikan beliau berminat menjadi salah seorang calon pada pilihan raya negeri akan datang kerana politik bukan diminatinya, tetapi beliau akan sentiasa membantu Sarawak dengan peranan dan kaedah tersendiri.
Mengenai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), beliau berkata parti terbabit sejak pilihan raya negeri lepas telah turun padang dan bekerja keras cuba melakukan seperti apa yang diharapkan masyarakat.
"Kami harap rakyat masyarakat menghargai kerja keras mereka dan saya fikir ditambah fakta pembangkang yang telah mengecewakan. Saya rasa mereka ada peluang berbuat lebih dari yang lepas," katanya.
tamat
keterangan gambar:
1.Datuk Richard Wee (dua dari kanan) menerima kunjungan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan menteri kabinet negeri lain di kediamannya di Jalan Taman Liong Seng di sini, hari ini.
