Petronas beri jaminan keselamatan rakyat

KUALA LUMPUR: Petronas mengesahkan bahawa paip pecah dan kejadian kebakaran telah berlaku di Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) pada pukul 1:59 pagi, kira-kira 4 km dari Long Selulong, Ulu Baram, Miri, pada 13 Januari 2.

Pegawai Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS berkata kebakaran telah dikawal dan PETRONAS memantau keadaannya dengan teliti.

" Kami ingin memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan. Pihak berkuasa yang berkaitan telah diberitahu dan kami akan terus melibatkan diri dengan komuniti di kawasan sekitarnya," katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

"Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keselamatan rakyat dan alam sekitar tetap menjadi keutamaan dan keprihatinan kami," katanya. 

Caption
Pegawai bomba menunjukkan lokasi kebakaran. Bomba masih memantau kebakaran.
LihatTutupKomentar
Cancel