Ponggal bukan satu perayaan atau acara keagamaan.

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa Ponggal bukan satu perayaan atau acara keagamaan.

Beliau berkata perayaan itu menandakan berakhirnya musim menuai dan menandakan kejayaan atau kemakmuran yang melimpah. 


Beliau menarik perhatian bahawa perayaan itu telah lama diraikan di Malaysia.

"Ia harus dilihat sebagai satu acara untuk masyarakat kita mengeratkan talian persahabatan, menghormati budaya, menggalakkan perpaduan serta membina negara kita," kata Gobind dalam hantaran di Twitter dan Facebook beliau hari ini.

Ponggal merupakan perayaan yang disambut selama empat hari bermula hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil bersempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima.
-- BERNAMA


LihatTutupKomentar
Cancel