Sarawak mahu eksport terong Dayak

KOTA SAMARAHAN, 13 Jan: Kerajaan Sarawak bercadang mengeksport terung asam yang tanam pekebun di negeri ini ke Singapura berikutan permintaan tinggi sayuran terbabit di negara jiran itu ketika ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ini setelah pihaknya mengadakan pertemuan dan berkongsi maklumat dengan kalangan menteri Singapura baharu-baharu ini.

"Menteri (di Singapura) berkata mereka di Singapura ingin makan terung asam. Saya bertanya kenapa orang Singapura kuat sangat makan terung asam?Paduhal bagi mencantikan muka, menjaga kulit,"katanya ketika merasmikan program Sarawakku Sayang, Jaga Sarawak. Intu Sarawak di dataran terbuka bersebelahan Dewan Suarah Samarahan, di sini, hari ini.

Abang Johari sehubungan itu meminta kalangan pekebun sayuran tempatan berusaha menanam sebanyak mungkin terung terbabit bagi membolehkan bekalannya dapat dieksport ke negara jiran itu.

"Kita ada pejabat di Singapura namanya STATOS (Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak), kita boleh jual terung ini ( ke Singapura), jadi tanam banyak-banyak,"katanya.

Selain terung asam, beliau juga mahu petani di negeri ini menternak ikan talapia di tasik atau kawasan empangan kerana Singapura juga mahu Sarawak menambah lagi eksport bekalan ikan itu.

"Mereka (Singapura) sudah mengimport 12 tan ikan talapia (dari Sarawak), mereka minta lagi supaya kita mengeluarkan ikan talapia ( lebih banyak bagi dieksport),"katanya. 

Beliau berkata ini kerana rasa ikan talapia yang diternak di kawasan tasik atau empangan negeri ini lebih baik rasanya dari bekalan ikan talapia dari Semenanjung yang diternak dalam kolam.



LihatTutupKomentar
Cancel